Welcome to my blog :)

Saturday 2 June 2012

Aku tetap aku ....


Denganmu,
Diam itu sia-sia....
Meluahkan juga tiada untungnya.. ~

Mulut terkatup kemas,
Tuduhan mula kau lemparkan
Saat curahan perkataan mengalir keluar,
Terus, hukuman dijatuhkan.

Mungkin.
Ya, mungkin diam itu lebih senang,
Walau hati dibakar tuduhan
Lalu minyak tanah yang kau curahkan,
Hampir merentungkan iman.
Kau patut lihat ke dalam hati aku,
kegigihan menjadi bomba
memadam api amarah dengan kesabaran.

Maka mulutku memilih untuk terus diam.
Bisu...

Helaian kertas elektronik
Menjadi diari setia
Dan kekunci hitam kini setia membaca bait-bait kataku
Kususun serapi mungkin
Bait-bait itu, jika dibaca kau pula
Mungkinkah jadi wadah kau berfikir?

Namun tetap,
Aku mahu kau fahami aku
Walau aku diam....~

Kadang kala, lebih baik diam daripada menjelaskan apa yang kita rasakan.
kerana menyakitkan ketika mereka bisa mendengar tapi tak bisa mengerti apa yang kita maksudkan .... ~

--> Persahabatan tu bukanlah tentang sape yang hadir terlebih dahulu dalam hidup kita, namun sape yang datang dan tak pernah meninggalkan kita sendirian.... :)

Friday 1 June 2012

Nilai persahabatan sebenar ....

 Apabila kita ingin berteman, jgnlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya,kau mungkin akan menjauhinya…


     Apabila kita ingin berteman, jgnlah kerana kebaikannya, kerana mungkin dengan 1 keburukannya,kau mungkin akan membencinya…


     Andai kau ingin sahabat yg satu, jgnlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu, kau mungkin akan memfitnahnya…


     Andai kau ingin seorang kawan, jgnlah kerana sifat cerianya, kerana andai dia tak pandai menceriakan, kau mungkin akan menyalahinya…


     Andai kau ingin bersahabat, terimalah dia seadanya,kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa…


      Jangan diharapkan semuanya sempurna, kerana kau juga tidak sempurna… Tiada yg biasa2 yg menjadi satu yg sempurna…bersahabatlah kerana Allah S.W.T.... ~

Sabar ajelah ... ~


Siapakah itu yang dikatakan "sahabat". Sangat penat memikirkan bagaimana ingin mencari sahabat yang baik, kerana disekelilingnya penuh dengan kawan yang bersifat kepura-puraan. Di hadapan kita bukan main senyum manisnya, elok perkataannya, tetapi di belakang kitalah yang dijadikan bahan untuk diperkatakan. Didedahkan segala keburukan seolah2 tidak pernah ada satu pun kebaikan yang tinggal...

Ada kawan yang kita selalu berikan padanya dorongan dan tongkat untuk ia berdiri ketika ia di dalam kesusahan. Tetapi madu itu dibalasnya dengan tuba yang menghiris hati, hampir-hampir sahaja air mata mengalir, tetapi ditahankan saja, kerana barulah ketika itu tahu, ramainya sahabat yang tidak mengenang budi. Rupanya semua yang di hadapannya adalah sandiwara semata, masa perit dan sakit, diusungnya muka di hadapan kita meminta pertolongan, dikeluh kesahkan kisahnya hingga berjurai air mata.. Macam, mungkin mereka ada sebab tersendiri mengapa mereka melakukan sedemikian.., dah tu.. Senang-senang ambil, senang2 buang...~ Sabar aje lah..

Monday 28 May 2012

Kacang lupakan kulit


Entahlah..mungkin ini entry berbaur sakit hati n dengan perasaan yang bercampur baur.. sungguh..sungguh aku sedih..sedih yang teramat sangat..Hm..macam kacang lupekan kulit pun ade jugak aku tgk.. takpelah janji die happy..  entahlah..malas nak fikir..mungkin betul orang cakap.

"KAWAN DIMASA SENANG..SENANG KITE DAPAT..N KAWAN DIMASA SUSAH..PAYAH NAK JUMPA.."

kalu ada yang betul2 ikhlas berkawan kerana ALLAH...aku selidik..mungkin selama ini silap aku..ade dimana-mana..aku cuba sedaya upaya menjaga hati dan perasaan kawan..tapi ntahlah..aku tak dapat fikir ngan waras lagi..mungkin dipengaruhi dengan perasaan sedih n sakit hati..selagi boleh bersabar mungkin aku bersabar..tapi kata orang sabar ada batas..aku mudah nak memaafkan orang..tapi untuk melupakan..MAAF..tiada peluang..ntahlah..mungkin orang beranggapan..ianya mungkin satu dendam n perangai jahat..tapi sampai bila orang nak pijak kepala kita..aku pon ade hati..ade perasaan..aku pon bukan seorang kawan yang baik..aku tahu..bukan mudah nak puaskn hati orang..tapi sekurang-kurang aku tahu..aku akan bersama setiap saat jika dia pon begitu..tapi ntahlah..mungkin takdir n peringatan kepada aku..takpelah..

Sabarlah MIMIE..

Saturday 31 December 2011

Selamat Tahun Baru 2012



Detik..demi detik, hari demi hari, hingga bulan demi bulan 
telah mengusung banyak cerita, suka..duka.. menjadi warna nyata 
dalam hidup kita, tapi biarkan semua menjadi kenangan yang terpahat, 
kini tahun baru telah menyambut kita, tibanya kita memperbaiki kegagalan 
menjadi kejayaan.... Buka lembaran baru dengan semangat yang baru...


Azam Mie untuk tahun baru ni, 
  • Buang sifat malas (Walaupun sifatt tu susah utk di buang!)
  • Nak ubah tiap kegagalan menjadi kejayaan, InsyaAllah....
  • Tak nak cepat marah (M'didik diri supaya menjadi seorang penyabar)
  • Kumpul duit Banyak2 (Kurangkan enjoy & shopping.... ops!)
  • Kurangkan makan! hehe.... :)

Hi 2012...., Bye 2011.... ~

Apapun, Tahun 2011 adalah Tahun yg paling bermakna & meninggalkan 
1001 buat diri ini.. Mengajar Mie tentang apa itu erti kehidupan sebenar....
Banyak kengan manis & pahit telah Mie lalui....

So, Diharap Kehadiran Tahun 2012 ini akan membuat hidup lebih bermakna 
dan ceria dari tahun-tahun sebelumnya.... InsyaAllah.... Aminn ya rabb.... :)


MImie Said : Selamat tahun baru semua, happy2 selalu .... :)



Tuesday 27 December 2011

I Miss You So Much ....




I Miss You So Much .... :(
Mimie said : Miss you, miss you, miss you so much .... ~

Sunday 25 December 2011