Welcome to my blog :)

Saturday, 2 June 2012

Aku tetap aku ....


Denganmu,
Diam itu sia-sia....
Meluahkan juga tiada untungnya.. ~

Mulut terkatup kemas,
Tuduhan mula kau lemparkan
Saat curahan perkataan mengalir keluar,
Terus, hukuman dijatuhkan.

Mungkin.
Ya, mungkin diam itu lebih senang,
Walau hati dibakar tuduhan
Lalu minyak tanah yang kau curahkan,
Hampir merentungkan iman.
Kau patut lihat ke dalam hati aku,
kegigihan menjadi bomba
memadam api amarah dengan kesabaran.

Maka mulutku memilih untuk terus diam.
Bisu...

Helaian kertas elektronik
Menjadi diari setia
Dan kekunci hitam kini setia membaca bait-bait kataku
Kususun serapi mungkin
Bait-bait itu, jika dibaca kau pula
Mungkinkah jadi wadah kau berfikir?

Namun tetap,
Aku mahu kau fahami aku
Walau aku diam....~

Kadang kala, lebih baik diam daripada menjelaskan apa yang kita rasakan.
kerana menyakitkan ketika mereka bisa mendengar tapi tak bisa mengerti apa yang kita maksudkan .... ~

--> Persahabatan tu bukanlah tentang sape yang hadir terlebih dahulu dalam hidup kita, namun sape yang datang dan tak pernah meninggalkan kita sendirian.... :)

Friday, 1 June 2012

Nilai persahabatan sebenar ....

 Apabila kita ingin berteman, jgnlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya,kau mungkin akan menjauhinya…


     Apabila kita ingin berteman, jgnlah kerana kebaikannya, kerana mungkin dengan 1 keburukannya,kau mungkin akan membencinya…


     Andai kau ingin sahabat yg satu, jgnlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu, kau mungkin akan memfitnahnya…


     Andai kau ingin seorang kawan, jgnlah kerana sifat cerianya, kerana andai dia tak pandai menceriakan, kau mungkin akan menyalahinya…


     Andai kau ingin bersahabat, terimalah dia seadanya,kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa…


      Jangan diharapkan semuanya sempurna, kerana kau juga tidak sempurna… Tiada yg biasa2 yg menjadi satu yg sempurna…bersahabatlah kerana Allah S.W.T.... ~

Sabar ajelah ... ~


Siapakah itu yang dikatakan "sahabat". Sangat penat memikirkan bagaimana ingin mencari sahabat yang baik, kerana disekelilingnya penuh dengan kawan yang bersifat kepura-puraan. Di hadapan kita bukan main senyum manisnya, elok perkataannya, tetapi di belakang kitalah yang dijadikan bahan untuk diperkatakan. Didedahkan segala keburukan seolah2 tidak pernah ada satu pun kebaikan yang tinggal...

Ada kawan yang kita selalu berikan padanya dorongan dan tongkat untuk ia berdiri ketika ia di dalam kesusahan. Tetapi madu itu dibalasnya dengan tuba yang menghiris hati, hampir-hampir sahaja air mata mengalir, tetapi ditahankan saja, kerana barulah ketika itu tahu, ramainya sahabat yang tidak mengenang budi. Rupanya semua yang di hadapannya adalah sandiwara semata, masa perit dan sakit, diusungnya muka di hadapan kita meminta pertolongan, dikeluh kesahkan kisahnya hingga berjurai air mata.. Macam, mungkin mereka ada sebab tersendiri mengapa mereka melakukan sedemikian.., dah tu.. Senang-senang ambil, senang2 buang...~ Sabar aje lah..