Siapakah itu yang dikatakan "sahabat". Sangat penat memikirkan bagaimana ingin mencari sahabat yang baik, kerana disekelilingnya penuh dengan kawan yang bersifat kepura-puraan. Di hadapan kita bukan main senyum manisnya, elok perkataannya, tetapi di belakang kitalah yang dijadikan bahan untuk diperkatakan. Didedahkan segala keburukan seolah2 tidak pernah ada satu pun kebaikan yang tinggal...
Ada kawan yang kita selalu berikan padanya dorongan dan tongkat untuk ia berdiri ketika ia di dalam kesusahan. Tetapi madu itu dibalasnya dengan tuba yang menghiris hati, hampir-hampir sahaja air mata mengalir, tetapi ditahankan saja, kerana barulah ketika itu tahu, ramainya sahabat yang tidak mengenang budi. Rupanya semua yang di hadapannya adalah sandiwara semata, masa perit dan sakit, diusungnya muka di hadapan kita meminta pertolongan, dikeluh kesahkan kisahnya hingga berjurai air mata.. Macam, mungkin mereka ada sebab tersendiri mengapa mereka melakukan sedemikian.., dah tu.. Senang-senang ambil, senang2 buang...~ Sabar aje lah..
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete